AKHIRNYA… NASI KANDAR

 

5642236470_2468b5fdca_1

Kasihan juga pada istriku. Sanggup tidak menjamah makan tengahari semata-mata mengidam nasi kenduri. Namun apa yang berlaku, nasib istriku bak  Lebai Malang.

Fizikal di kedua-dua tempat kenduri membuat aku rasa tak tergamak nak mengambil sepinggan makanan dan membawanya ke kereta… (baca sini). Rasa macam orang ramai akan memandang-mandang dan tertanya-tanya… apa cerita dengan sorang nih?

Usai makan, bersalam dengan tuan rumah serta pengantin, aku pulang ke kereta. Istriku yang menunggu dengan penuh harap… mengeluh lapar.

“Makan nasi kandar ajelah, ya…?” saranku setelah menerangkan kenapa aku balik dengan tangan kosong. Angguk. Mujur  hari ini anginnya bagus.

Aku mencari melalui Google. Oh… ada kedai Nasi Kandar Roundabout di tengah pekan.

Sedap? Entahlah… Yang tentunya, istriku makan dengan lahap sampai lupa nak semawa..

Posted in istri | Leave a comment

JEMPUTAN

 

Jpeg

Hari ini ada 2 jemputan kenduri. Satu dari jiran di perkarangan Sekolah Agama Rakyat. Dua dari biras istriku di dewan MRSM Balik Pulau.

Di setiap kali kenduri, biasanya istriku hanya akan menunggu di kereta. Aku sendirian sahaja menyapa makanan di meja. Hem… dah hakikatnya begitu…

Namun jika aku boleh ambilkan sepinggan hidangan lalu bawa ke kereta untuk dirasai bersama oleh istriku… tentu hebat bagi yang bernama suami…kan?

Kekadang aku mampu berbuat begitu. Kekadang pula… tidak!

Posted in istri | Leave a comment